Make your own free website on Tripod.com
website design and development

 

 

 

 

 

 


 

 

    PENDAHULUAN

Festival Sanjungan Satria V (FESSAT V) adalah program di bawah Jawatankuasa Kebajikan Siswa/I(JAKSA) Kolej Tun Hussein Onn(KTHO) yang berunsurkan perpaduan dan kekeluargaan. Ia mampu menonjolkan identiti kolej yang menempatkan penghuni PALAPES.Program ini merupakan program tahunan yang diadakan pada setiap sesi melibatkan warga KTHO, warga kampus UKM, masyarakat luar serta agensi - agensi kerajaan dan swasta. Program ini merupakan acara kemuncak bagi semua aktiviti utama JAKSA KTHO dan mampu mengeratkan hubungan sesama insan. FESSAT V kali ini memberikan tumpuan kepada unsur - unsur warisan negara kita terutamanya warisan kepahlawanan Melayu agar golongan remaja tidak lupa akan warisan budaya mereka yang telah lama ditinggalkan dek zaman.

      

    OBJEKTIF

Program - program yang berunsurkan warisan mampu memupuk semangat menghargai warisan bangsa di kalangan peghuni kolej.Selain itu ia dapat mendedahkan dan melatih pelajar - pelajar tentang pengalaman berorganisasi dan betapa pentingnya penglibatan mereka dalam menjayakan sesebuah aktiviti. Pendedahan kepada hubungan kerjasama dengan agensi dan badan - badan luar kampus akan di garap sepanjang aktiviti ini secara tidak langsung melatih dan membina keyakinan mahasiswa yang terlibat untuk berkomunikasi secara terbuka dan intelektual serta menimba pengalaman yang berharga untuk masa hadapan.

 

   TEMPAT

Kolej Tun Hussein Onn, sekitar Panggung Seni dan Kampus Induk Universiti Kebangsaan Malaysia.

   SASARAN PESERTA

Penghuni Kolej Tun Hussein Onn dan warga kampus Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM)

HADIAH

Hadiah - hadiah menarik telah disediakan bagi setiap pertandingan yang menawarkan hadiah.Penyampaian hadiah akan diadakan pada hari yang sama.

PEJABAT URUSAN

Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i  

Kolej Tun Hussein Onn     

43600 Universiti Kebangsaan Malaysia 

Pejabat Am Pentadbiran                        : 03 - 89213157 

Pejabat Am JAKSA                                :  03 - 89213174

Fax                                                        :  03 - 89213158

u / p :  RIZAL KASMU (012 - 2944965)

            NADIA RUSLAN (013 - 5544186)                               

   

PENUTUP

Pihak penganjur beharap agar semua peserta yang terlibat dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi menjayakan program ini. Ini kerana program ini dapat memupuk kerjasama dan perhubungan yang erat di antara peserta terutamanya warga Kolej Tun Hussein Onn. Semoga segala usaha yang akan dijalankan bagi menjayakan program ini mendapat keredhaan ALLAH S.W.T hendaknya dan mencapai objektif yang diharapkan.

 

   Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

 

 
 
© 2005 Website Design by publisiti design.com "WARISAN BANGSA BUDAYA GEMILANG MAHASISWA"